Permohonan Taraf Kewarganegaraan

Berikut saya kongsikan prosedur untuk Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan – Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas (contoh Anak Angkat)

Syarat Permohonan 

  1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  3. Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dan Para A dalam borang permohonan atau sertakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.
  4. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan.

Prosedur Permohonan

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Salinan & Asal) 

  1. Kad Pengenalan (jika ada)
  2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/ Pejabat Konsol/ Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar negara).
  3. Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
  4. Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
  5. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Bayaran

  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan). 

Makluman

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara. 

Borang

Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang B – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15A & 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

 


No comments:

Post a Comment