Tuesday, December 27, 2016

Notis Keputusan Prosiding

Alhamdulillah, terima surat daripada JPN berkenaan pengangkatan diluluskan. Excited beyond words. Syukur sangat-sangat. Yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti. 

Proses mendapatkan Sijil Pengangkatan tidak susah. Kami perlu ke JPN dan buat bayaran RM30 untuk pengeluaran sijil. Kami juga diberikan peluang untuk menukarkan nama bayi yang diangkat. Memandangkan nama Sarah kami yang pilih, maka kami buat keputusan untuk mengekalkan nama berkenaan. Lagipun maksud nama Sarah sangat bertepatan dengannya. 

Sarah = Bringer of happiness 💙

Ok, selepas ini kami akan memohon kewarganegaraan Malaysia pula untuk Sarah.