Tuesday, November 22, 2016

Temujanji Siasatan

Hari ini kami ke JKM untuk temujanji siasatan bagi penyediaan laporan anak angkat. Laporan hari ini akan dihantar ke JPN untuk kelulusan prosedur pengangkatan. Sekiranya laporan yang dihantar oleh JKM memuaskan ianya akan membantu melancarkan permohonan kami. 

Pegawai yang menguruskan kes Sarah sangat positif bila kami bertanyakan tentang peluang kami untuk memohon pengangkatan. Mungkin kerana kami belum memiliki zuriat, mempunyai pekerjaan yang tetap, mama penjawat awam dan memiliki kediaman turut menyumbang kepada kelulusan permohanan kami.

Semoga semua urusan kami dipermudahkan.