Sunday, October 25, 2015

Borang 13

Selepas pihak JKM berpuas hati dengan keadaan bayi yang diangkat, satu borang yang dipanggil Borang 13 akan dikeluarkan. Borang ini merupakan kebenaran untuk pengambilan kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan.

Alhamdulillah pegawai yang menguruskan kes Sarah sangat baik dan tidak cerewet dan sangat membantu sepanjang proses ini. Selepas mendapat Borang 13, pihak JKM akan menghantar laporan lengkap ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses temujanji pengangkatan.