Selepas mengambil anak angkat, kami sepatutnya melaporkan perkara ini kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran. Namun disebabkan kekurangan maklumat, kami lewat melaporkan tentang pengambilan Sarah. Adalah penting untuk melaporkan tentang pengambilan ini kerana ianya berkait dengan proses pengangkatan kelak.
Setelah laporan dibuat dan pihak JKM berpuas hati dengan maklumat yang diberikan, Borang 12 akan dikeluarkan. Borang ini merupakan pemberitahuan tentang pengambilan kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan. Mengikut pegawai JKM, lawatan ke rumah akan dibuat dan kami juga perlu membawa Sarah ke JKM setiap 4 bulan atau mengikut tarikh yang diminta. Sekiranya semuanya memuaskan pihak JKM akan mengeluarkan Borang 13 untuk kami.